Segala
puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam. Tiada tanding bagi
kekuasaan-Nya dan tiada penghalang bagi putusanNya. Selawat dan salam
semoga selalu terlimpah pada sang penutup para nabi, penghulu para
rasul, wasilah keridhaan Allah, dan kekasih Allah, Muhammad s.a.w. serta
pada keluarganya yang suci, mulia dan mendapat cahaya petunjuk.
Di
antara anugerah dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia ialah
diutuskan para rasul sebagai pemberi khabar gembira dan penyampai
ancaman serta diturunkannya kitab-kitab dan suhuf kepada mereka sebagai
cahaya petunjuk untuk menerangi jalan manusia menuju kesempurnaan serta
membawa mereka mencapai petunjuk dan kebaikan yang utama.
Insyaallah
pada coretan kali ini, ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang telah
lama berada dalam simpanan laptop, sedang mengemaskini laptop terjumpa
kisah yg menarik yang boleh membawa kesedaran pada diri ini dan
insyaallah pada sahabat semua, insyaallah….
Bersumber dari Raja' bin Umar An-Nakha'i, dia pernah
bercerita: "Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan
rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah
seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum
An-Nakha' dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik.
Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila
oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa
sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang
untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah
dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.
Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban
cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang
hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan
hatinya: "Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya,
betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap
untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke
rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu
datang ke rumahku."
kepada utusan wanita pujaan hatinya, "Kedua tawaran itu tidak ada
satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang
besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan
neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam."
Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang
disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, "Selamanya aku
belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada
Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak
mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan
orang adalah munafik."
Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan
duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan
dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak
itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus
oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan
kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga
akhir hayatnya.
Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah
ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat
kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun
bertanya, "Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah
berpisah denganku?"
Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:
Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya
kepadanya, "Di mana engkau berada?"
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih
Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, "Di sana aku mohon
agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat
melupakanmu!"
"Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku
telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan
hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!"
jawab gadis kekasihnya itu.
Pemuda itu kembali berkata kepadanya, "Bila aku dapat melihatmu
kembali?"
"Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari," jawab
kekasihnya.
Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia
meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya
kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.
P/s: “Dari
Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Saya telah melihat seseorang bersenang-senang di
surga kerana memotong satu pohon yang mengganggu di jalanan kaum
muslimin.” (HR Muslim)
Saturday, November 5, 2011
Salam Aidiladha
Bissmillahirahmanirahim….
Segala
puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam. Tiada tanding bagi
kekuasaanNya dan tiada penghalang bagi putusanNya. Selawat dan salam
semoga selalu terlimpah pada sang penutup para nabi, penghulu para
rasul, wasilah keridhaan Allah s.w.t. , dan kekasih Allah, Muhammad
s.a.w. serta para keluarganya yang suci, mulia dan mendapat cahaya
petunjuk.
Dan
bagi tiap-tiap umat, kami syari’atkan ibadat menyembelih korban (atau
lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan
pengurniaanNya kepada mereka binatang-binatang ternak yang disembelih
itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah
kamu tunduk taat kepadaNya dan sampaikanlah berita gembira (Wahai
Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.
Surah Al-Hajj, ayat 34
****Salam Aidiladha Buat Keluarga Dan Teman-Teman..
Tuesday, August 30, 2011
Saturday, August 20, 2011
Malam Yang Hebat...
Bismillahirahmanirahim…..
Assalamualaikum….
Alhamdulillah….sudah
lama jari ini tidak menari-nari dipapan computer…syukur kehadrat illahi
kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengabdikan diri
kepadaNYA…sedar tak sedar kita semua umat Islam dah memasuki 10 malam
terakhir di bulan ramadhan… di mana terdapat satu malam yang lebih baik
daripada seribu bulan….itulah Lailatul Qadar.
Malam-malam
ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang
mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan Lailatul qadar mempunyai hubungan
yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam
kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada Lailatul qadar dan apakah
yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar
lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril
turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam
ini sejahtera hingga terbit fajar".
Marilah sama-sama kita menghidupkan 10 malam terakhir ini dengan:
· Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
· Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
· Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Moga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang mendapat rahmat daripadaNYA…Ameen…
Monday, June 27, 2011
Ikhlaskah KITA....
Bismillahirahmanirahim...
Ikhlaskah kita dalam melaksanakan sesuatu amanah??? Ikhlaskah kita dalam memberi bantuan derma @ sumbangan??? Ikhlaskah kita
dalam melaksanakan dakwah untuk menegakkan syiar agama??? sama-sama
kita fikir dan renungi..moga2 hati kita dididik ke jalan yang mensucikan
hati..insyaallah...
Bukan
mudah seseorang untuk mencapai keiklasan..keikhlasan perlu dilakukan
dengan hati yang betul2 merasa tenang didalamnya…kadang2 kita selalu
merungut..kadang2 kita macan melakukan sesuatu itu melalui keterpaksaan….
Andaikata
itu berlaku dalam diri kita..cepat-cepatlah sedar… semoga ia tidak
berterusan……..hadirlah dalam diri penuh keikhlasan..yakinlah setiap
ujian dan cobaan yang Allah bagi ada hikmah di sebaliknya..
Mengharaplah
hanya balasan daripada Allah..bukan daripada manusia..cintakan Allah
s.w.t. sedalam-dalamnya..ingatlah kita hidup x lama..janji Allah pasti
hadir..setiap yang bernyawa pasti akan mati…ikhlaskan diri..bimbing diri
ke jalan yg benar…munasabahlah diri…kuatkan diri dalam mengharungi liku
kehidupan..
Berpeganglah
pada Al-quran dan sunnah Nabi…percayalah setiap diri kita yang
mengharungi dugaan hidup ..pasti mengalami masalah keikhlasan…cukuplah
Allah segalanya buat kita..
Antara Alamat Orang Yang Mengikhlaskan Diri…
1. Beliau
takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh membawa fitnah kepada
diri dan agamanya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang
berkebolehan. Beliau meyakini bahawa Allah menerima sesuatu berdasarkan
batin bukannya zahir, jika seseorang manusia itu memiliki kemasyhuran di
seluruh pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur-baur, maka
ia tidak memberi apa-apa makna.
2. Orang
yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya cuai terhadap Allah swt, lalai
dalam melaksanakan ibadat, tidak dapat mengawal hati dan dimasuki oleh
sifat megah dan taajub dengan diri sendiri. Bahkan beliau merasa takut
kalau-kalau dosanya tidak diampunkan oleh Allah atu kebaikannya tidak
diterima. Setengah para solehin menangis bersungguh-sungguh di dalam
sakitnya. Lalu sebahagian daripada orang yang menziarahinya berkata :
Mengapa kamu menangis? Sedangkan kamu telah berpuasa, bersembahyang
malam, berjihad, bersedekah, menunaikan haji dan umrah, mengajar dan
berzikir? Beliau menjawab : Manalah aku tahu sama ada perkara itu
termasuk di dalam timbangan amalanku dan diterima di sisi Tuhanku?
Sedangkan Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 27 :
“Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa.”
3. Beliau
lebih suka melakukan amalan kebaikan secara tersembunyi dari amalan
yang dipenuhi dengan iklan dan irama paluan kemasyhuran. Di dalam jamaah
beliau lebih suka menjadi seperti tunjang pokok. Walaupun tunjang
tersembunyi di dalam perut bumi dan tidak dapat dilihat mata, namun ia
adalah asas untuk pokok itu tegak dan hidup.
4. Tidak
menghiraukan keredhaan manusia jika disebaliknya adalah kemurkaan Allah
swt. Sesungguhnya manusia berbeza-beza dari sudut tabiat,
kecenderungan, cara berfikir dan matlamat mereka. Jadi percubaan untuk
mendapat keredhaan mereka adalah satu matlamat yang tidak akan tercapai.
Orang yang ikhlas tidak menyusahkan dirinya dengan perkara ini.
5. Hendaklah
cinta dan benci, memberi dan menahan, redha dan marah, semuanya kerana
Allah swt dan agamanya, bukan kerana diri dan manfaatnya. Beliau tidak
menjadi orang seperti orag-orang yang mengejar manfaat yng terdiri dari
golongan munafiq yang dicela Allah di dalam kitabNya ( surah at Taubah :
58 ) yang bermaksud :
“Dan
di antara mereka ada yang mencelamu tentng pembahagian zakat. Jika
mereka diberi sebahagian daripadanya mereka bersenang hati, dan jika
mereka tidak diberi sebahagian daripadaya dengan serta merta mereka
menjadi marah.”
6. Beliau
tidak bersifat malas, lembap atau ketinggalan kerana perjalanan yang
jauh, buah yang lambat dapat dipetik, lambat mendapat kejayaan dan penat
bekerja dalam menghadapi manusia yang bermacam ragam. Beliau tidak
bekerja untuk berjaya atau mencapai kemenangan semata-mata, bahkan
semata-mata kerana mencari keredhaan Allah swt dan mematuhi perintahNya.
7. Gembira
dengan setiap kemunculan orang yang mempunyai kelayakan dalam barisan
orang-orang yang bekerja untuk membawa panji-panji, memberi saham kepada
amal dan memberi peluang kepada setiap yang berkebolehan menggantikan
tempatnya tanpa cuba menyekat dan menghalangnya, atau menghina dan marah
kepadanya. Bahkan kita melihat bahawa orang yang ikhlas itu, apabila
melihat ada orang yang lebih baik darinya dalam memikul tugas, beliau
mengundur diri dalam keadaan redha. Beliau akan mengutamakan orang itu
dari dirinya dalam keadaan taat dan bahagia kerana beliau mengundur
setapak ke belakang.
Thursday, June 9, 2011
Menyayat Hati...
Segala
puji bagi Allah, Tuhan yang memiliki seluruh alam. Tiada tanding bagi
kekuasaan-Nya dan tiada penghalang bagi putusanNya. Selawat dan salam
semoga selalu terlimpah pada sang penutup para nabi, penghulu para
rasul, wasilah keridhaan Allah, dan kekasih Allah, Muhammad s.a.w. serta
pada keluarganya yang suci, mulia dan mendapat cahaya petunjuk.
Di
antara anugerah dan kasih sayang Allah SWT kepada manusia ialah
diutuskan para rasul sebagai pemberi khabar gembira dan penyampai
ancaman serta diturunkannya kitab-kitab dan suhuf kepada mereka sebagai
cahaya petunjuk untuk menerangi jalan manusia menuju kesempurnaan serta
membawa mereka mencapai petunjuk dan kebaikan yang utama.
Allamdulillah
dan syukur yang tidak terhingga..di saat ini masih dianugerahi nikmat
iman dan islam…sudah hampir 2 bulan blog ini tidak menulis coretan…
Insyaallah
pada coretan kali ini, ingin saya kongsikan sedikit ilmu yang telah
saya baca daripada coretan majalah muslimat…mungkin sahabat telah
membaca…tapi kisah ini memberi pengajaran yang cukup besar….walaupun
dibaca berulang kali..ianya masih tidak jemu…malah memberi iktibar dan
pengajaran yang besar buat kita semua….
Suatu
petang, ditahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa
hening mencengkam. Jeneral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang
terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan. Setiap banduan
penjara membongkokkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu
melintasi di hadapan mereka. Kerana kalau tidak, sepatu 'boot keras'milik tuan Roberto yang fanatik Kristian itu akan mendarat
di
wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan
terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci.
"Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan......!" Teriak Roberto
sekeras-kerasnya
sambil membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar
tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto
bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang
luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang.
Dengan
marah ia menyemburkan ludahnya ke wajah tua sang tahanan yang keriput
hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyucuh wajah
dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala.
Sungguh ajaib...... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan.
Bibir
yang pucat kering milik sang tahanan amat galak untuk meneriakkan kata
Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu
serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustaz...InsyaALLAH
tempatmu di Syurga." Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustaz
oleh
sesama
tahanan, 'algojo penjara itu bertambah memuncak marahnya. Ia
memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh
orang tua itu keras-kerasnya sehingga terjerembab di lantai. "Hai orang
tua busuk!
Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa hinamu
itu?!
Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu! Ketahuilah orang
tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapa
kami,Tuhan Jesus.
Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tidak didengari lagi di sini.
Sebagai
balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mahuminta maaf
dan masuk agama kami." Mendengar "khutbah" itu orang tua itu
mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan yang tajam dan
dingin.
Ia lalu berucap, "Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALLAH.
Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera
menemuiNya,
patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti
kemahuanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh." Sejurus sahaja
kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya.
Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara
dengan wajah berlumuran darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya
yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto berusaha
memungutnya. Namun tangan sang Ustaz telah terlebihdahulu
mengambil
dan genggenggamnya erat-erat. "Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!"
bentak Roberto. "Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumurandosa untuk
menyentuh barang
suci
ini!"ucap sang ustaz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada
jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan
buku itu.
Sepatu
lars seberat dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari
tangan sang ustaz yang telah lemah. Suara gemeretak tulang yang patah
terdengar menggetarkan hati. Namun
tidak
demikian bagiRoberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga
mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu
merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari
jari-jari musuhnya yang telah hancur. Setelah tangan tua itu tak
berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya baran. Perlahan
Roberto membuka sampul
buku
yang telah lusuh Mendadak algojo itu termenung. "Ah...seperti aku
pernah mengenal buku ini. Tetapi bila? Ya, aku pernah mengenal buku
ini."
suara
hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama
itu. Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala
melihat
tulisan-tulisan
"aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu
dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.
Akhirnya
Roberto duduk di samping sang ustaz yang sedang melepaskan nafas-nafas
terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang
dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat
peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa
masa
lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat
ketika suatu petang di masa kanak-kanaknya terjadi kekecohan besar di
negeri tempat kelahirannya ini. Petang itu ia melihat peristiwa yang
mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum
muslimin di Andalusia). Di
tempat
itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwatak
berdosa gugur di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapapuluh
wanita berhijab (jilbab digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang
tinggi. Tubuh mereka pergelantungan tertiup angin petang yang kencang,
membuat
pakaian muslimah yang dikenakan berkibar- kibar di udara. Sementara, di
tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada
tiang-tiang salib, hanya karena tidak mahu memasuki agama yang dibawa
oleh para rahib.
Seorang
kanak- kanak laki-laki comel dan tampan, berumur sekitar tujuh tahun,
malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap.
Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Kanak-kanakcomel itu
melimpahkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang
gantungan. Perlahan-lahan kanak-kanak itu mendekati tubuh sang ummi
yang
tak sudah bernyawa, sambil menggayuti abinya. Sang anak itu berkata
dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam.
Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang
alif, ba, ta, tsa....?
Ummi,
cepat pulang ke rumah ummi..." Budak kecil itu akhirnya menangis keras,
ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan
takut, tak tahu apa yang harus dibuat. Untuk pulang ke rumah pun ia tak
tahu arah. Akhirnya budak itu berteriak memanggil bapaknya,
"Abi...Abi...Abi..."
Namun
ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapa ketika teringat petang
kelmarin bapanya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.
Hai...siapa
kamu?!" jerit segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati budak
tersebut. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawabnya memohon
belas kasih. "Hah...siapa namamu budak, cuba ulangi!" bentak salah
seorang
dari mereka. "Saya Ahmad Izzah..." dia kembali menjawab dengan agak kasar.
Tiba-tiba
"plak! sebuah tamparan mendarat di pipi si kecil. "Hai budak...!
Wajahmu cantik tapi namamu hodoh. Aku benci namamu. Sekarang kutukar
namamu dengan nama yang lebih baik. Namamu sekarang 'Adolf
Roberto'...Awas! Jangan
kau
sebut lagi namamu yang buruk itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu,
nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.Budak itu mengigil ketakutan,
sembari tetap menitiskan air mata. Dia hanya menurut ketika gerombolan
itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya budak tampan itu
hidup bersama mereka.
A.Roberto
sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang
tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh
sang ustaz. Ia mencari-cari sesuatu di pusat laki-laki itu. Ketika ia
menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeria,
"Abi...Abi...Abi..."
Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu.
Fikirannya
terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahawa buku
kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya,
yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya.
Ia jua ingat
betul
ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusat.Pemuda bengis itu
terus meraung dan memeluk erat tubuh tua nan lemah. Tampak sekali ada
penyesalan yang
amat
dalam atas tingkah-lakunya selama ini. Lidahnya yang sudah
berpuluh-puluh tahun lupa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut,
"Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu
yang
masih terakam dalam benaknya. Sang ustaz segera membuka mata ketika
merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya.Dengan tatapan
samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya
habis-habisan kini
sedang memeluknya.Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau
tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto meminta belas.
Sang
ustaz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, lalu memejamkan
matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika setelah
puluhan tahun, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya,di
tempat ini.
Sungguh
tak masuk akal Ini semata-mata bukti kebesaran Allah. Sang Abi dengan
susah payah masih boleh berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir.
Di
sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh
Abdullah Fattah Ismail Al- Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"
Setelah selesai berpesan sang ustaz menghembuskan nafas
terakhir
dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla Illaaha ilALlah,
waasyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui
Rabbnya dengan tersenyum,setelah sekian lama berjuang dibumi yang fana
ini. Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh
hidupnya dibaktikan
untuk
agamanya, "Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat
disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru
dengannya..
." Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.
Benarlah firman Allah...
"Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH, tetaplah atas
fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu.
Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (QS30:30)
Saturday, March 26, 2011
Sa’ad dikahwinkan dengan bidadari dari syurga...
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir
sekelian
makhluk, Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf,
untuk memberikan hidayah kepada mereka dan menerangkan syari‘at agama,
dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin) serta bukti-bukti yang jelas.
Segala Pujian atas segala nikmat-Nya dan berdoa kepada-Nya tambahan
kurniaan-Nya dan kemurahan-Nya. Kita bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali
Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha Pemurah lagi Maha
Pengampun. Insyaallah, pada kali ini sama-sama kita menghayati kisah
seorang tokoh Islam yang bernama Sa’ad bin Assulami., kisah ini
sumbernya saya dapat daripada seorang sahabat yang memberikannya… Moga
kisah ini membawa ilmu manafaat dan pengajaran buat kita semua…amin..
ABBAS berkata: “Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?”
Lalu
Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya
selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”
Maka
Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan
kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu
dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi
semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”.
Sa’ad
berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan
yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada
keturunan ibu saya.”
Kemudian
Rasulullah bertanya kepada yang hadir: “Adakah Amru bin Wahab yang baru
masuk Islam daripada suku Tsaqief berada di sini?”
Maka yang hadir berkata: “Tidak ya Rasulullah.”
Lalu Rasulullah bertanya kepada Sa’ad: “Adakah kamu mengetahui di mana rumahnya?”
Sa’ad berkata: “Ya, saya tahu di mana rumahnya, ya Rasulullah.”
Rasulullah
berkata: “Pergilah kamu ketuk rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu
beri salam kepadanya. Apabila dia mengizinkan kamu masuk, maka katakan
kepadanya bahawa Rasulullah mengahwinkan aku dengan puterinya.”
Amru mempunyai seorang puteri yang cantik dan cerdik iaitu Atiqah.
Selepas
Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan baik walaupun Amru tidak
berapa senang dengan kedatangannya disebabkan mukanya yang hitam dan
hodoh.
Amru
semakin tidak senang apabila Sa’ad menyampaikan kata-kata Rasulullah.
Dia menolaknya dengan cara kasar hingga menyebabkan Sa’ad keluar dan
terus bertemu Rasulullah.
Selepas
Sa’ad pergi, maka puterinya berkata: “Wahai ayah, carilah selamat
sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu. Jika benar Rasulullah
mengahwinkan aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka
dan rela atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”
Maka
pergilah Amru ke majlis Rasulullah dan dia ditegur oleh orang yang
berada di situ: “Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah?”
Amru
berkata: “Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku
sangka dia berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia
dan sedia mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan
sampai Allah dan Rasul-Nya menjadi murka.”
Selepas
itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah
memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi kepada
isterinya.
Lalu
Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu sebagai
nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa minta daripada
saudara saya.”
Rasulullah
berkata: “Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada
kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima
sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf,
kamu akan mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib,
juga sebanyak 200 dirham.”
Maka
Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut
Rasulullah, kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada
200 dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, juga menerima lebih 200
dirham.
Sebaik
saja Sa’ad mendapat wang itu, dia pergi ke pasar untuk membeli buah
tangan untuk isterinya, tetapi tiba-tiba dia mendengar suara yang
mengatakan: “Hai kuda Allah, bergeraklah kamu!
Kemudian Sa’ad mendengar suara Rasulullah berkata: “Keluarlah kamu untuk berjihad! keluarlah untuk berjihad!”
Maka
Sa’ad memandang ke langit sambil berdoa: “Ya Allah, Tuhan Pencipta
langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad maka akan aku gunakan wang ini
untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan Rasul.”
Sa’ad
menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai
lalu dia menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi
yang cuma kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan
depan Muhajirin hingga semua orang bertanya kepada Ali.
Maka
Ali berkata: “Biarkan, mungkin dia dari Bahrain atau dari Syam dan
mungkin dia datang untuk menanyakan agama sebab itu dia ingin
mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”
Kemudian Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta memenggal kepala orang kafir.
Sa’ad
berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat lagi, maka dia pun turun
daripada kudanya, dia menyinsing lengannya maka dilihat oleh Rasulullah
lengannya yang hitam, lalu Rasulullah berkata: “Adakah kamu Sa’ad?”
Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau gugur sebagai syahid.
Sebaik
saja Sa’ad gugur, Rasulullah segera mendapatkannya lalu mengangkat
kepalanya dan diletakkan di atas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah
yang melekat di mukanya.
Baginda bersabda: “Alangkah harum bau kamu, alangkah kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.”
Rasulullah
menangis dan kemudian tertawa, lalu Baginda memalingkan mukanya serta
bersabda: “Kini dia sudah sampai di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai
Kaabah.”
Selepas Rasulullah berkata demikian maka Abu Lubabah bertanya: “Ya Rasulullah, apakah Haudh itu?”
Maka
Rasulullah pun menerangkan: “Haudh itu ialah telaga yang diberikan
Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman hingga Busra,
di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih daripada
susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum
sekali, maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”
Kemudian
Rasulullah ditanya lagi: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan
kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?”
Lalu
Rasulullah bersabda: “Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku
tertawa kerana gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah
kepadanya.
Aku
berpaling daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri
daripada bidadari berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis
mereka, maka aku pun memalingkan segera mukaku kerana malu.”
Kemudian
Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda
Sa’ad untuk diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah.
Selepas
itu, Rasulullah memberitahu Amru (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya Allah
mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri
kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar